Thursday, March 29, 2012

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH....

hari ni rasa ingin berkongsi...mgkn dpt dijadikan panduan utk kwn2...atau mgkn utk diri sendiri....siapa tahu kn???

sebelum istikharah:
-istikharah dilakukan pd perkara dunia yg HARUS shj
-bertaubat & memohon keampunan drpd ALLAH atas dosa & kesalahan yg dilakukan
-NEUTRAL iaitu tiada kecenderungan terhadap pilihan yg ada
-disunatkan bermusyawarah/perbincangan dgn org yg dipercayai/pakar
-pastikan diri tdk terlibat dgn sumber harta yg HARAM
-memilih waktu mustajab doa
-berwuduk dgn sempurna

semasa istikharah:
1. Menunaikan solat sunat 2 rakaat
2. Bacaan surah
Rakaat pertama: SURAH AL-KAFIRUN
Rakaat kedua: SURAH AL-IKHLAS
3. Selepas salam, baca DOA ISTIKHARAH

selepas istikharah:
-meneruskan solat dan doa istikharah hingga 3 kali
-memerhatikan alamat yg mungkin ada seperti mimpi/kecenderungan hati
-jika memperoleh jawapan, bersyukurlah kepada ALLAH

DOA ISTIKHARAH


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

*Sumber Majalah Solusi

No comments: